Tuesday, February 17, 2009

cita-cita saya

Cita-cita saya

Cita-cita adalah sesuatu yang kita idamkan dan berusaha untuk mencapainya.

Saya mempunyai banyak cita-cita. Di antaranya ialah, mendapat rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya empat tingkat, membela sekurang-kurangnya 15 buah kucing dan menjadi seorang pelakon Hollywood.

Saya ingin menjadi pelakon Hollywood kerana saya ingin menjadi seorang yang terkenal, seorang yang kaya, seorang yang berjaya mencapai apa yang diidamkan dan kerana saya ingin menunjukkan bakat lakonan saya.

Untuk mencapai cita-cita ini, saya perlu menuntut ilmu, saya perlu lulus dalam pelajaran, saya perlu memasuki kolej kesenian, saya perlu berlatih dan saya juga perlu menjadi seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam lakonan.

Saya ingin berjaya dalam semua cita-cita saya dengan tabah dalam cabaran.

No comments:

Post a Comment