Tuesday, February 17, 2009

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Sejarah menunjukkan Tanah Melayu pernah dijajah dan ditakluki oleh kuasa besar Jepun semasa Perang Dunia Ke-II. Kedatangan Jepun dialu-alukan oleh penduduk Tanah Melayu,yang pada masa itu berada di bawah jajahan British.

Kemaraan tentera Jepun di Semenanjung Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak,Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra,Kedah. Kemudian, tentera Jepun berpecah dua,sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui pesisiran pantai Barat. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharau pula mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur.

Di sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri. Dari Miri, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama ke Kucing dan kemudiannya ke Sibu. Pasukan yang kedua pula, mara ke Sabah melalui Labuan dan seterusnya ke Sandakan. Kemudian, tentera Jepun mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-duanya negeri ini terutama di bandar-bandar besar.

Selepas sepuluh minggu tentera Jepun mendarat, seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun. Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E. Parcival terpaksa menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura. Peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun ini, jelas memberi iktibar kepad kita supaya tidak mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri.

Menjelang tahun 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri tetapi mereka enggan. Tentera Bersekutu kemudiannya telah mengguugurkan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan kemudiannya Nagasaki pada 9 Ogos pada tahun yang sama. Akhirnya, Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. Jeneral Seishiro Itagaki, ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri pada12 September 1945 di bangunan Majlis Perbandaran Singapura. Di wilayah Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37. Masao Baba Menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point, Labuan.

Akhirnya, pada 12 September 1945, Tanah Melayu telah bebas dari jajahan daripada Jepun.

No comments:

Post a Comment