Tuesday, February 17, 2009

keluarga


Keluarga
Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah "darah" perlu difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah".
Silang Budaya Keluarga
Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walaubagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting.
Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan
Kasih Sayang Berkekalan
1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
3. Tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
9. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga ke arah kebaikan.
10. Penghayatan agama yang berterusan.
Keluarga kerajaan adalah keluarga besar seorang penguasa. Umumnya, kepala keluarga kerajaan adalah seorang raja maupun ratu. Istilah "keluarga kekaisaran" lebih cocok menjelaskan keluarga besar kaisar, sedangkan istilah "keluarga kadipaten"", "keluarga kadipaten agung", atau "keluarga kepangeranan" lebih cocok untuk merujuk pada keluarga seorang adipati, adipati agung, maupun pangeran. Juga dianggap cocok dalam beberapa lingkaran untuk menyapa keluarga besar raja terdepak sebagai "keluarga kerajaan" juga.
Khasnya, sebuah keluarga kerajaan termasuk pasangan penguasa yang sedang memerintah, pasangan hidup dari penguasa yang telah meninggal, anak-anak, cucu, saudara, saudari, dan sepupu penguasa yang memerintah, begitupun pasangannya. Kadang-kadang ada sebuah keluarga yang tak terlibat dalam kerajaan manapun disebut sebagai "keluarga kerajaan", seperti Kennedy dari Amerika Syarikat.
Mengapa sukar bahagia? Kadangkala kita seringkali bertanya di manakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa kebahagiaan itu sukar hadir dalam istana yang kita bina bersama pasangan atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjauh. Sebenarnya jawapan kepada kesemua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Bermulalah dengan mendefinisikan syurga rumahtangga anda sendiri. Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita. Ayat yang lebih mudah, kebahagiaan dalam kamus kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya. Ada beberapa perkara yang kita anggap remeh namun ianya amat berkesan dalam membina perhubungan berumahtangga antara kita dan pasangan. Ianya termasuklah mengelipkan mata pada pasangan sesekali, memilih lagu yang boleh dinyanyikan bersama sewaktu memandu atau ketika beristirehat di rumah pada hujung minggu dan hari cuti atau setidak-tidaknya suami menyediakan sarapan untuk isteri dan anak-anaknya. Tanya lah diri adakah kita mempraktikkan kesemua perkara di atas. Mungkin dalam 50, hanya seorang yang berbuat demikian atau tiada langsung. Tiada salahnya memulakan setiap hari baru dengan kucupan mesra untuk pasangan. Ini bukan sahaja membuatkan pasangan merasa dihargai dan disayangi malah memcambahkan lagi benih-benih cinta dan menyemarakkan kasih sayang dalam ‘istana’ yang dibina. Pernahkah kita bertanya ‘sesekali’ kepada pasangan, “Apakah yang saya boleh buat untuk membuatkan awak merasa bahagia?” Pernahkah kita bertanya begitu? Tepuk dada tanyalah selera! Tidak sukar sebenarnya untuk mencipta bahagia. Jika orang lain boleh bahagia dengan cara mereka, kita juga punya cara untuk mencipta bahagia di dalam ‘syurga impian’ kita menurut kepada acuan kita sendiri. Tidak sukar sebenarnya! Berubahlah sedikit demi sedikit. Paling utama selalulah berdoa kepada Allah untuk pasangan dan anak-anak. Mohonlah untuk kekalkan keharmonian dalam kehidupan berumahtangga. Bukankah Allah berfirman, antara lain maksudnya : “ Mohonlah kepada Aku nescaya Aku akan kabulkan.

No comments:

Post a Comment